Terima Kasih Kerana Meninggalkanku
Hye!!semua semoga sihat2 diatas hendak-Nya,ary ni nak kongsi satu cerpen mengenai seseorang yang bersyukur apabila ditinggalkan oleh seorang yang amat disayanginya.Beliau mencari cinta yang Esa bknlah cinta dunia.Harap semua dapat membaca cerpen ini dan mengambil segala manfaat yang terkandung di dlam cerpen ini.hehe "Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum..." Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata. kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berh...