Posts

Showing posts from July, 2012

Pada Saat Kita Berkata....

Image
Adakah anda tahu sahabat anda sentiasabersangka baik dengan anda? Tahukah anda pada saat anda mengata sahabat anda itu dan ini, sahabat anda pula memuji anda? Pada saat kita mengatakan teman sebilik kita seorang yang "tidak pembersih", sahabat kita mengatakan yang kita ini seorang yang rajin belajar, taat kepada perintah ibu bapa dan menjaga hubungan dengan Allah. Tidak pernah sekali pun dia mengatakan perkara yang tak baik tentang kita. Tak pernah sekali dia membuka aib kita kepada orang lain. Pada saat kita mengatakan 'mood' untuk belajar hilang sebab rakan kita pinjam buku kepunyaan kita, kita lupa yang sahabat kita pernah keluarkan duitnya untuk belanja kita makan waktu poket kita kosong tidak berduit dulu... Pada saat itu kita lupa jasa baik dia kepada kita. Pada saat kita berkata di  Facebook , "Hari ini aku sakit hati dengan sahabat aku kerana dia menyorokkan barang aku (kononnya) untuk suka-suka", sahabat kita pula memberita...

Disebalik 'Belenggu' Niqab

Image
Di sebalik niqab berwarna hitam itu, ada sepasangmata yang terlihat dan melihat. Dihujani ribuan pandangan aneh. Terasa begitu asing. Perbezaan yang serta-merta dapat dirasai menusuk segenap hati apabila diperhatikan berpakaian yang serba menutup sebegitu berbanding kebiasaan sering terdedah. Mata-mata yang seakan bersuara melahirkan simpati. Seharusnya, pada era fesyen ini segala trend jadi ikutan. Namun, bukan dia. Ada yang merasakan dirinya berpakaian seperti tawanan. Setiap langkah mereka beriramakan suara yang berdesas-desus layaknya seperti juri yang menghakimi. Tatkala pilihan fabrik penuh warna-warni  yang menarik, masih ada yang mahu tampak serba pudar sepertinya. "Jadi, inilah perubahan baru yang awak katakan antara simbolik bagi erti 'kebebasan' sebenar seorang wanita? Sememangnya perubahan yang benar-benar drastik, Fatihah! Tapi sejujurnya ini memang kebebasan yang lari daripada kebiasaan. Sungguh!" Kening Maisarah terangkat sedikit. Terkejut melih...

Semanis Teh Susu

"Ish, geram betul la duduk dalam rumah ni! Bersepah-sepah ja. Kalau rumah ikhwan tak kata la. Tapi, ni rumah akhawat. Macam sarang tikus ja," bebel Aufa sambil tangannya ligat mengemas meja makan di ruang tamu. "Kenapa tu Aufa? Tak baik tau mengungkit-ungkit ni. Kalau tak puas hati, pergi cakap terus kat orang tu. Jangan cakap belakang, OK?" tegur Balqis dalam nada yang lembut. Suasana sepi seketika. Masing-masing memikirkan masalah sendiri. "Ye la ...asyik nak minum teh susu ja, pastu, malas basuh. Nampak sangat ni kerja sapa..." ujar Aufa lagi masih tidak mahu mengalah. "Aufa, sudah-sudah, Kak Balqis tak nak dengar lagi Aufa cakap macam tu. Kita kan duduk satu rumah, dah ibarat macam satu keluarga dah. Yang Aufa marah tadi tu ibarat adik-beradik Aufa sendiri tau. Aufa sanggup dengar tak kalau ada orang mengata adik-beradik Aufa sendiri? Aufa, kita duduk serumah ni, kita kena banyak bersabar dan mengalah tau. Aufa faham, kan, maksud...