Posts

Showing posts from 2012

Terima Kasih Kerana Meninggalkanku

Image
Hye!!semua semoga sihat2 diatas hendak-Nya,ary ni nak kongsi satu cerpen mengenai seseorang yang bersyukur apabila ditinggalkan oleh seorang yang amat disayanginya.Beliau mencari cinta yang Esa bknlah cinta dunia.Harap semua dapat membaca cerpen ini dan mengambil segala manfaat yang terkandung di dlam cerpen ini.hehe "Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum..." Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata. kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berh...

Walau sehebat Mana Kita

Image
Seseorang yang terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu Sesungguhnya saat ia bersendirian hatinya terukir dengan kedukaan dan kesedihan Seseorang yang hilai tawanya menceriakan dan menghiburkan di hadapanmu Sesungguhnya saat ia bersendirian ia menangis keseorangan memuntahkan segala penderitaan yang menyiksakan Seseorang yang lidahnya petah berbicara meriuhkan keadaan di hadapanmu Sesungguhnya saat ia bersendirian lidahnya sepi membisu membungkam kesepian  Seseorang yang sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu Sesungguhnya saat ia bersendirian dia juga mencari punca menyuntik semangat dan keyakinan Seseorang yang kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu Sesungguhnya saat ia bersendirian ia acap kali terjelepok jatuh tersembam ke bumi dalam mengumpul kekuatan   Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu Sesungguhnya saat ia bersendirian dia akan mengikat perut  menyimpan perbelanjaan diri untuk keh...

Cinta Islamik Yang Ternoda

Image
Semoga semua sihat diatas hendaknya,sedikit perkongsian ttg cinta seorang remaja,Harap dapat mengambil manfaat daripada jalan cerita ini. Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi 'profile pictures' sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila...

Adakah dia Imamku???

Image
Assalamualaikum,semoga anda terhibur dgn jln cerita yg disampaikan ye,,hehe Entah kenapa hatiku gelisah, berdebar kencang dari pagi tadi. Adakah kerana pembentangan hari ini? Mr West mahu aku ikut serta dalam RGM (Mesyuarat Bulanan General Manager) kali ini. Katanya agar aku pun turut mendapat kredit atas usaha keras kami selama ini.  Projek dua tahun ini mendapat perhatian CEO. Usai dhuha, aku menarik nafas panjang. Ku panjatkan doa pada Ilahi agar tenang hati ini.  Bilik Mesyuarat Pluto "Macam mana Umar?" , tanya Pengurus Operasi kami. Mataku alihkan kepada lelaki itu. Terpaku aku. Subhanallah. Sosok tubuhnya benar-benar mirip dengan bayang lelaki yang kulihat dalam istikharahku kelmarin. Pandangan mata kami bertemu. Senyum. Serentak itu, hatiku tenang, bagai semilir angin yang lalu. Allah Allah. "Mungkinkah dia imamku?"  Bisik hatiku penuh debar. 7 hari. "Diba, awak tolong jumpa Umar. Dapatkan pandangan dia tentang paten komunikasi peke...

Adanya masa,ketika and etc

Image
BAgi laluan just to paste this!!! Kasi large sikit,biar nammpakk yak!!

Menulis vs Melukis

Image
Semoga semuanya sihat2 belaka atas hendaknya,.,               Ary ni nak post tentang menulis dan melukis..aku dilahirkan didunia ini dengan jari jemari yangtakberapa nak sangat cantik(kontot sikit)tapi syukur alhamdulillah aku dikurniakan jari juga, Jari ini memang langsung takde perasaan untuk menulis,tetapi dikurniakan ALLAH untuk aku melukis,Memang sejak kecik mak bapak aku cakap aku suka pegang buku.Tapi entah apa yang aku buat dengan buku tu pon aku tak tahu,emm Melukis  kot!!Kata suka melukis.. Minat mendalam terhadap lukisan sejak tengok akak2 bloggers yang ada doodles2  comel-comel belaka,aku pon jeles la apa lagi,so aku learn and learn till aku boleh melukis dengan jayanya,Nak belajar melukis ni memang perlukan kesabaran yang tinggi kadang-kadang tengah lukis tu terconteng lukisan tulah,terpadam lah,and macam-macam lagi. Aku ni kalau dah jeles dengan seseorang tu aku memang akan belajar sungguh-sungguh mac...

Fadhilat surah al-baqarah

Image
Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: "Barangsiapa membaca  Surat Baqarah  maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga." Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: "Barangsiapa membaca  Surat Baqarah  dan  Ali Imran  pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara  Arsy   dan dasar bumi." UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN: Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa  Nabi Muhammad s.a.w.   bersabda; "Barangsiapa membaca dua ayat dari surat  Al-Baqarah , maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)." (Riwayat Bukhari & Muslim) UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN: Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi  Nabi Muhammad s.a.w.   , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: " Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka d...

Godek-godek

Image
            Saja je menaip guna post entri yang berbackground ni,almaklumlah bru mencuba ..            eppy blogging yer semua''hope dpat jadikan your site tempat untuk mencurahkan ilmu  pengetahuan,setiap tutor yang dibuat untuk kebaikan,anda juga akan mendapat pahala termasuk si penulisnya juga ^-^

Marilah kita..

Image

KEMUNCAK PENYEKSAAN TERHADAP YAHUDI 1

Image
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatu..^-^ Salam semua semoga sihat selalu thanks kepada sesiapa yang sudi menjenguk dan membaca kat teratak saya yang tak berapa nak cantik ni..Hari ni saya nak post cerita yang saya tulis tajuk di atas..ni adalah perkongsian bersama anda.. Kemuncak segala penindasan YAHUDI di EROPAH ini adalah kebangkitan Nazi di Jerman.Pihak Nazi yang asalnya adalah sebuah parti politik bertukar menjadi sebuah gerakan nasionalis yang ditunjangi oleh aura kebangkitan Adolf Hitler. (Ni la Adolf Hitler garang tak..hihi) Kebangkitan Nazi Dan Hitler menjadi satu malapetaka yang cukup besar kepada bangsa Yahudi di Eropah.Kebencian Hitler terhadapYahudi turut mempengaruhi dan dikongsi oleh semua pengikut Nazi dan rakyat Jerman.Pada peringkat awal,kebencian itu hanya dilepaskan melalui tunjuk perasaan yang dilakukan oleh pengikut Nazi.Kedai-kedai,bangunan-bangunan dan rumah-rumah ibadah Yahudi menjadi sasaran vandalisme dan ditandakan dengan perkataan "Y...